Saya selalu menjauhkan awak, mungkin awak perasan atau mungkin awak tiada perasaan.
Hampir setiap hari saya banyak bercakap seolah-olah berbual seorang diri dan saya tidak tahu jika awak ada ambil tahu untuk mendengarkannya.
Sesungguhnya saya mengasihi, menyayangi, merindui dan mencintai awak. Buktinya?
Saya sebenarnya sedang menjauhkan diri awak daripada neraka Jahanam Allah s.w.t. agar awak dapat semakin menghampiri, melepasi pintu syurga Al Jannah dan bermastautin di sana.
Jika awak tidak percaya, awak ambillah masa awak SEDETIK LEBIH untuk baca status-status yang saya tulis untuk awak walaupun saya tidak catitkan nama awak.
Saya berharap sangat awak ingat pesanan-pesanan saya biar pun awak tidak mahu mengingati diri saya apabila saya sudah tiada lagi SELEPAS SELAMANYA dan itu tanda cinta saya kepada Allah s.w.t. pada keutamaannya dan juga semestinya cinta kepada awak.
Saya menjauhkan awak supaya kita akan semakin mendekatkan diri kita kepada-Nya dan semakn mendekatkan diri kita masing-masing SELEPAS NIKAH.
